Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 28, 2014

DIHADAP KE MAHKAMAH KERANA MENGAMUK


Kuala Terengganu - Padah mengamuk dan membuat bising di sebuah kedai makan, seorang lelaki Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, kelmarin.

Lelaki berkenaan, Ahmad Husin Noor Ahmad, 25, yang juga pemegang kad UNHCR didakwa berbuat demikian pada 10 Ogos lalu, kira-kira jam 12 tengah hari.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja telah melakukan mudarat awam sehingga menyebabkan kegusaran dengan mengganggu pelanggan di sebuah kedai makan di Kampung Banggol Kemang Serada,

Oleh itu, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM400.

Bagaimanapun, Ahmad Husin tidak mengaku bersalah dan Majistret Abdul Hayyi Salim menetapkan kes tersebut disebut semula pada 11 September depan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda.

0 comments:

share2