Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 22, 2014

BERTAFAKUL DI WISMA SRI PAHANG




Kuantan: Kira-kira 3,000 ketua jabatan, pegawai dan kakitangan kerajaan negeri dan Persekutuan berkumpul untuk bertafakur selama satu minit bagi menghormati jenazah Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 di Dataran Setia, Wisma Sri Pahang, di sini.

Majlis dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, semua EXCO Kerajaan negeri, Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan semua ketua jabatan.

Terdahulu semua kakitangan menyaksikan majlis memindahkan keranda dan abu mayat yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen yang disediakan di pentas utama.

Kebanyakan kakitangan awam yang memakai pakaian berwarna gelap serta bersongkok bagi lelaki, mula berkumpul di dewan berkenaan seawal jam 10 pagi, manakala majlis bertafakur dengan bacaan surah al-Fatihah diadakan tepat jam 10.55 pagi.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Kadi Daerah Kuantan, Abdul Zaki Mohd Zain.

majlis bertafakur yang diadakan di seluruh negara bagi menghormati jenazah yang menimpa pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine hingga mengorbankan 43 rakyat Malaysia dan penumpang lain.



Sumber

0 comments:

share2