Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 9, 2014

BERA : HISHAMUDDIN RASMI MESYUARAT PERWAKILAN SAYAP UMNO

DS Hishamuddin memotong kek harijadi dari PahangKu Media


Bera - Dato' Seri Hishamuddin Hussain, selaku Naib Presiden UMNO telah hadir merasmikan mesyuarat perwakilan sayap-sayap UMNO Bahagian Bera disini siang tadi.

Dalam ucapannya aluan Dato' Ismail Sabri selaku Ketua UMNO Bahagian Bera, beliau mengimbas kembali zaman Dato' Seri Hishamuddin Husain didalam Pemuda, antara lain beliau bagaimana beliau mengambil alih kepimpinan Pemuda ketika Pemuda berada dizaman ianya paling dikecam, dimana ketika itu memakai baju Pemuda pun orang berasa malu.

Atas semangat perjuangan UMNO, beliau menerima cabaran untuk menggerakkan Pemuda dalam keadaan Pemuda yang sedang berpecah-belah. Ketika itu, pegawai G5 beliau sendiri adalah Saifuddin Nasution, Ruslan Kasim dan lain-lain dan beliau adalah pemimpin kepada kumpulan yang paling disegani dan ditakuti.

Program Pemuda masuk kampung yang bertujuan utk menepis tanggapan rakyat yang Pemuda adalah kumpulan elitis. Beliau gerakkan program ini utk menyatupadukan Pemuda dan menepis tanggapan buruk terhadap Pemuda. Pemuda ketika itu juga paling kehadapan dari segi perjuangan dalam isu agama dan bangsa. Dong Zong yang berusaha untuk menghapuskan hak Melayu ketika itu dan Pemuda berdemonstrasi dan berjaya mematahkan tekanan Dong Zong.

Apabila ada yang menyentuh hal agama dan orang melayu, Pemuda ada di hadapan untuk pertahankannya termasuk soal Gaza dan Palestin, kitalah yang paling awal untuk bergerak dengan Aman Malaysia.  Dato' Sri Hishamuddin metubuhkan Aman Malaysia dan kumpulkan 200 ribu orang mengumpul sejuta tandatangan.  

Beliau jugalah yang telah mengambil inisatif untuk menubuhkan Puteri UMNO dan telah berjayakan menubuhkan sayap Puteri pada ketika itu. Bukan senang untuk menubuhkan Puteri bahkan ketika itu Tan Sri Rafidah sendiri tidak setuju Puteri dijadikan sayap dan hanya bersetuju kewujudan Puteri cuma sebagai biro dalam Wanita UMNO.

Dato' Seri Hishamuddin juga berjaya  menangani isu MH370 dengan baik walaupun dikecam sesetengah pihak yang berniat buruk kepada beliau dan negara. Bahkan Perdana Menteri sendiri sangat berpuashati dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau dalam isu MH370 itu.

Dalam kesempatan pada majlis sama, Puteri UMNO Bahagian Bera sempat meraikan hari lahir Dato' Seri Hishamuddin dengan memotong cake sumbangan dari PahangKu Media.





0 comments:

share2