Bentong - Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas beliau merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bentong tengahari semalam (10hb Ogos 2014) yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.
Antara lain beliau menyatakan;
- Beliau turut memantau segala perkembangan yang berlaku di Seangor ketika ini. Episod terkini; Menteri Besar dipecat oleh partinya sendiri, bagaimanapun kata beliau, menurut pakar perlembagaan, Tan Sri Khalid masih Menteri Besar Selangor yang sah.
- Kerajaan akan melihat perkembangan seterusnya. Keadaan ini adalah luar biasa, bagaimanapun ianya berpunca dari kerakusan kuasa dan yang menjadi mangsa adalah rakyat biasa. Beliau berharap pihak Pakatan Rakyat tidak lari dari tanggungjawab mereka dan menyelesaikan kemelut ini dengan seberapa segera.
- Beliau juga menayatakan akan terus meninjau apa yang akan terjadi selepas ini dari satu fasa ke satu fasa dan akan membuat keputusan mengikut perkembangan semasa.
- Tiada sebarang pandangan mengenai kerjasama dalam membentuk kerajaan di Selangor. Sehingga kini tiada sebarang langkah yang mereka lakukan yang melibatkan Barisan Nasional.
- Ini adalah masalah mereka (politik dalaman Pakatan), namun ianya sudah jadi krisis dan beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat, bagaimanapun Barisan Nasional sentiasa mengutamakan soal kepentingan rakyat. Tentunya rakyat tidak gembira dengan keadaan yang berlaku. Oleh itu mereka (Pakatan) harus menghentikannya segera. Barisan Nasional tidak akan mencampuri urusan dalaman dan tidak akan membuat komen yang menunjukkan kita ada kepentingan.
- Tidak tahu sama ada akan ada sebarang pembubaran Dewan Undangan Negeri ataupun Pilihanraya dan sukar diramal apa yang akan berlaku. Barisan Nasional akan bertindak bila masa yang sesuai dengan keadaan di Selangor.
- Barisan Nasional akan putuskan pendiriannya bila sampai masa. Setakat ini Barisan Nasional tiada menerima sebarang cadangan untuk pertemuan dan rundingan dengan Tan Sri Khalid.
- Barisan Nasional akan sentiasa bersedia untuk apa saja keadaan yang akan berlaku sama ada pertukaran Menteri Besar ataupun Pilihanraya dan sebagainya setelah meneliti setiap keadaan yang berlaku.
- Rakyat boleh mengambil iktibar dari apa yang sedang berlaku, kerakusan dan perebutan kuasa dalam politik Pakatan Pembangkang sendiri yang sudah terdedah kepada umum.
- Kerjasama dalam perlaksanaan 'Langat 2' sedang berjalan baik dan Tan Sri Khalid setakat ini memberi kerjasama yang sangat baik, belum tahu apa akan jadi jika ada sebarang perubahan dalam kerajaan Selangor.
- UMNO tidak lagi boleh bertindak seperti biasa dalam memastikan parti akan tetap relavan. UMNO Pahang mungkin akan memulakan perubahan-perubahan ini sebagaimana yang dicadangan oleh YAB Menteri Besar dalam perlaksanaan transformasi dalam memberi perubahan ketara kepada UMNO.

0 comments:
Post a Comment