Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 14, 2014

YAHUDI DAN PALESTIN, SIAPA SEBENARNYA PENGGANAS?




1. Video klip diatas mengisahkan fakta sebenar tentang kaum Yahudi dan pembentukan negara Israel dan pertentangannya dengan Palestin.

2. Negara Israel dibina diatas tanah Palestin selepas berakhirnya Perang Dunia ke-2, namun akhirnya penduduk Palestin pula diusir dan tanah airnya dirampas.

3. Negara Barat terutama Amerika Syarikat yang kuat menyokong Israel melabelkan umat Islam Palestin sebagai 'teroris' atau pengganas sedangkan mereka berjuang mempertahankan tanah air dan hak mereka sendiri manakala Yahudi Israel yang menceroboh dipertahankan dan diberi simpati atas tindak balas Palestin yang sedikit.

4. Apa yang berlaku di Palestin bukanlah peperangan tetapi adalah pembunuhan beramai-ramai, yang dunia seluruhnya hanya memejamkan mata.

5. Terkini, untuk kesekian kalinya Palestin diserang lagi ketika penduduknya umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa tanpa sedikitpun ada belas kasihan dan peri kemanusiaan. Sasarannya adalah orang awam termasuk kanak-kanak. Nyatalah puak Yahudi itu berniat untuk menghapuskan Islam Palestin.

6. Kaum Yahudi ini sudah terkenal sebagai pembunuh 300 nabi dalam sejarah bangsanya: 

Pada suatu hari Abu ’Ubaidah ibnu al-Jarrah bertanya kepada Rasulullah SAW: ‘Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling dahsyat azabnya pada hari kiamat?” Baginda menjawab: ‘‘Seseorang yang membunuh nabi atau orang yang melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar.” Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud: ‘‘Sesungguhnya orang yang kufur ingkar ayat keterangan Allah, dan membunuh Nabi dengan jalan tidak benar, serta membunuh orang yang menyeru manusia berbuat adil, maka sampaikanlah berita menggembirakan mereka dengan azab pedih.” (Surah Ali ’Imran: 21) 

Baginda meneruskan ceritanya: ‘‘Wahai Abu ’Ubaidah, ketahuilah bahawa Bani Israel sudah membunuh 43 nabi pada sebelah pagi dalam satu masa. Kemudian ada 170 orang Bani Israel yang mengajak mereka membunuh nabi berkenaan kepada ma’ruf dan mencegah mereka daripada mungkar tapi mereka juga membunuhnya pada sebelah petang.” (Hadis riwayat Abu Hatim dan Ib Jarir). Dan dalam riwayat lain, Abdullah ibn Mas’ud meriwayatkan bahawa Bani Israel membunuh 300 nabi dalam satu hari. 

Dalam al-Quran, keganasan bangsa Yahudi yang membunuh atau akan membunuh atau mengaku membunuh banyak nabi direkodkan dalam beberapa ayat sucinya. Ia direkodkan setidaknya dalam 11 ayat.

 ‘‘Dan apabila dikatakan kepada mereka: Berimanlah kamu kepada apa yang diturunkan Allah, mereka menjawab: Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami. Dan mereka ingkarkan yang lain yang diturunkan kemudiannya, padahal al-Qur'an itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah: Jika demikian, mengapa kamu membunuh Nabi-Nabi Allah yang dulu kalaulah kamu orang beriman?" (Surah al-Baqarah: 91)

7. Pohonlah doa kepada Allah supaya melindungi saudara Islam kita di Palestin yang tertindas.




0 comments:

share2