Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 16, 2014

SERANGAN GAZA, SKRIPNYA SUDAH DIRANCANG ISRAEL


Azmi

Shah Alam - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini, menyeru seluruh umat Islam bersatu hati untuk membantu penduduk Gaza.

Presidennya, Mohamad Azmi Abdul Hamid berkata, serangan di Gaza sudah dirancang Israel dan bagi menunjukkan solidariti bantahan serangan tersebut, umat Islam perlu bertindak.

"Kita perlu bersatu. Ini bukan satu perang, ini siri penyembelihan, sebelah sini (Palestin) tiada apa, sebelah sana (Israel) ada kelengkapan perang.

"Ini satu petanda apa yang berlaku bagai sudah diatur dalam skrip. Kononya serangan ke atas tiga orang Yahudi, menjustifikasikan serangan untuk menyerang Palestin.

"Sebenarnya mayat mereka telah dijumpai pada hari kedua, mayat itu disimpan, bagi mengangkat rasa marah masyarakat dunia, hari kesepuluh baru mereka war-warkan mayat ditemui.," katanya pada sidang media Pray 4 Gaza, di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini, hari ini.

Katanya lagi, sepanjang 10 hari tersebut Israel berkempen yang mengatakan Palestin bertindak menyerang mereka, sedangkan perkara itu hanya lakonan mereka sahaja bagi menghalalkan serangan ke atas Palestin.

Dalam perkembangan yang sama, Azmi turut berkongsi mengenai perkembangan terkini di Gaza.

Menurut Azmi, maklumat yang beliau perolehi, Israel kini telah melancarkan serangan disegenap penjuru Gaza.

"Setiap setengah jam, mereka lakukan tembakan secara serentak, ini bermakna siapa-siapa sahaja penduduk Gaza yang berada di masjid, luar masjid, sekolah, hospital akan ditembak," katanya lagi.

Program Pray 4 Gaza ini adalah gerakan bersepadu secara besar-besaran melalui cetusan idea oleh Majlis Usahawan Nasyid Malaysia (Mursyid Malaysia) dan Nasyeed.com serta rakan-rakan artis dan selebriti tanah air seperti Afdlin Shauki, Yat Hamzah, Neelofa, Heliza Hilmi, Radhi OAG, Amin Idris dan lain-lain lagi.

Program ini ditubuhkan bagi menunjukan solidariti umat Islam di Malaysia bagi membantu masyarakat Palestin.

0 comments:

share2