Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 18, 2014

NIK AZIZ SIHAT - NIK ABDUH


Ayahanda sihat banyak - Nik Abduh

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan berita yang mengatakan bapanya yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Nik Mohamad Abduh menerusi akaun twitternya menjelaskan bapanya berada dalam keadaan sihat dan meminta semua pihak mendoakan Lailatulqadr untuk Nik Abdul Aziz.

"Ayahanda sihat banyak. Tak sihat sikit. Doakan #Lailatul Qadr untuknya dan kita semua," tulis Nik Mohamad Abduh di akaun Twitternya.

Awal pagi hari ini, ketika tumpuan diberikan kepada berita mengenai pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terhempas di Ukraine, tersebar berita di internet yang mengatakan keadaan Nik Abdul Aziz dikatakan sedang nazak.

Tidak berapa lama kemudian, tersebar pula berita yang mendakwa bekas menteri besar Kelantan itu telah meninggal dunia.

Nik Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chempaka melepaskan jawatannya sebagai menteri besar Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Selepas tidak lagi memegang jawatan menteri besar, Nik Abdul Aziz dilaporkan sering mengalami masalah kesihatan dan mendapatkan rawatan.

Pada hujung Mac lalu, Nik Abdul Aziz dilaporkan memohon maaf kepada seluruh rakyat Kelantan atas segala kesilapan yang dilakukan sepanjang mentadbir negeri itu.

0 comments:

share2