Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 19, 2014

MH17 : KOTAK HITAM KEDUA DIDAKWA DITEMUI


MH17: Kotak hitam kedua didakwa ditemui


Kotak hitam kedua pesawat Boeing-777 milik Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Timur Ukraine telah dijumpai pekerja penyelamat, kata jurugambarReutersdi lokasi.

Ia merupakan kotak yang kedua selepas kumpulan pemisah pro-Rusia mendakwa menjumpai salah satu kotak hitam pesawat itu, yang dikatakan dibawa ke Moscow untuk pemeriksaan.

Daily Mirrormelaporkan, Timbalan Perdana Menteri Republik Donetsk berkata: "Tentunya kami akan menyerahkan kepada Interstate Aviation Committee, kepada Moscow.

"Mereka adalah pakar berkelayakan tinggi yang boleh mengesahkan punca nahas biarpun ia sudah jelas."

Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) mendakwa pemberontak di wilayah itu telah berjanji untuk menyediakan bantuan dalam siasatan tragedi penerbangan MH17 dan berkata mereka akan memastikan tahap keselamatan pakar antarabangsa yang melawat kawasan nahas.

Bagaimanapun, Kiev menafikan dakwaan yang mengatakan puak pemisah telah menghalang pegawai-pegawai Ukraine daripada sampai ke lokasi kemalangan.

Petugas keselamatan bekerja melalui serpihan pesawat yang jatuh dan tersebar dalam beberapa kilometer di kawasan yang dikatakan terhempas.

Pesawat Boeing-777, perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas pada Khamis di Timur Ukraine, berhampiran dengan ibu kota Donetsk, tapak di mana puak pemisah bangkit menentang pemerintahan pusat dari Kiev pada bulan April.

Penerbangan itu membawa 298 orang di atas kapal dan semuanya terbunuh.

Rundingan untuk siasatan antara pemimpin pemisah dan Kiev dijangka diteruskan pada Jumaat dan gencatan senjata juga sedang dibincangkan, laporThe Mirror.



0 comments:

share2