Kuantan - Petang semalam UMNO Bahagian Kuantan telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka bertempat di pekarangan Bangunan UMNO Bahagian Kuantan.
Dalam majlis berkenaan seramai 500 orang terpilih telah menerima sumbangan dan zakat ansaf yang disampaikan oleh Ketua UMNO Bahagian Dato' Wan Adenan dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Dato' Sri Ab Hamid.
Bagi menzahirkan rasa simpati dan menyokong perjuangan rakyat Palestin dan penduduk Gaza yang dizalimi, Tabung Sumbangan Palestin diedar dan dilancarkan oleh Ketua UMNO Bahagian.
Sebelum itu, Puteri UMNO Bahagian Kuantan turut menyumbangkan sebuah sajak yang ditulis dan tujukan khas kepada rakyat Palestin.
Ketua UMNO Bahagian serta AJK UMNO Bahagian berbuka puasa bersama-sama hadirin.
0 comments:
Post a Comment