Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 21, 2014

KUANTAN ; KECAM TINDAKAN ZIONIS




KUANTAN - Kempen “Pahang for Palastine (P4P)” dilancarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam Pahang bagi mengecam tindakan Zionis Yahudi dan memberi kesedaran kepada seluruh rakyat khususnya umat Islam agar bersatu di belakang Palestin.

Sebanyak 11 NGO menganggotai P4P antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Ikatan Pelajar Islam Pahang (Ikatan), Wadah Pencerdasan Ummah (Wadah), Haluan, Pertubuhan Ikaram Pahang dan beberapa lagi pertubuhan.

Jurucakap P4P, Dr.Ahmad Safwan Mohammad berkata, pihaknya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menceroboh dan mengadakan serangan ke atas rakyat Palestin yang tertindas

Menurutnya, menerusi P4P beberapa kempen akan dilancarkan dan akan digerakkan ke seluruh pelosok negeri Pahang.

“Kempen melumpuhkan Ekonomi Israel akan dilaksanakan iaitu menyeru penduduk bersatu menyatakan bantahan dengan tidak membeli barangan yang ada kaitan dengan Israel dan barangan tersenarai untuk diboikot telah disahkan hubungan mereka dengan Israel.

“Seterusnya kempen menghantar doa iaitu seruan kepada semua masjid, surau, institusi kerajaan dan swasta serta individu membacakan doa Qunut Nazilah pada setiap peluang yang ada dan kami akan meminta kerjasama daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) untuk mengeluarkan arahan,” katanya pada sidang media di Pejabat Pertubuhan Ikram, Indera Mahkota, di sini, semalam.

Beliau berkata, sempena kempen itu, tabung P4P turut dilancarkan bagi mengutip dana untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin.

“Tabung P4P adalah kempen bersama dengan mengekalkan nama NGO masing-masing sebagai penyelaras.

“Antaranya tabung “Hands for Gaza” atas nama Global Pease Mission, BIMB 14023020029224 atau MBB 564221611602, Tabung “Ramadan Emergency Relief” atas nama Awsa Syarif Berhad menerusi Maybank Islamiv 551575004299 atau BIMB 12092010034904.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan kepada tabung “Rayuan Kecemasan Gaza” atas nama Tabung Palestin Haluan menerusi Maybank 564490208528 atau BIMB 14023010034292 dan Tabung “Gaza Berdarah Lagi” atas nama Yayasan Amal Malaysia Pahang menerusi Maybank 556011009756.

“Kempen kesedaran juga akan dipergiat menerusi siri kuliah, ceramah dan tazkirah yang akan digerakkan di masjid-masjid serta lokasi lain,” katanya.




0 comments:

share2