Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 12, 2014

IFTAR DAN SOLAT TARAWIH BERSAMA PM DI KUANTAN




Kuantan - YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abd Razak akan mengadakan lawatan kerja ke Kuantan, Pahang pada 13hb Julai 2014 nanti.

Sehubungan dengan itu YAB Perdana Menteri akan berada di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah 1, Kuantan pada jam 6.00 petang dan menyampaikan sumbangan kepada anak yatim seterusnya akan berbuka puasa di perkarangan masjid berkanaan.

Pada jam 8.30 malam beliau akan bersama-sama solat tarawih di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota, Kuantan.

Orang ramai dijemput bersama-sama hadir pada tarikh dan hari seperti dinyatakan.


0 comments:

share2