Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 5, 2014

SERBU PERKAHWINAN HINDU: TUN MAHATHIR SERU JAIS RUJUK AL-QURAAN



KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk kembali kepada Al-Quran untuk mencari penyelesaian yang sewajarnya di dalam kes serbuan jabatan itu ke atas sebuah majlis perkahwinan Hindu pada Ahad.

Dr Mahathir berkata perkara ini berlaku kerana tidak mematuhi ajaran Al-Quran.

“Inilah yang akan berlaku apabila mereka mengikut ajaran seseorang dan tidak mengikuti ajaran Al-Quran.

“Saya cadangkan mereka kembali kepada Al-Quran dan mengetahui apakah cara untuk menangani situasi seperti . Ini mereka mengikuti intepretasi mereka sendiri,” katanya semasa program Syarahan Perdana Presiden di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini.

Dr Mahathir menekankan bahawa Al Quran memberi tunjuk ajar yang sepenuhnya tentang cara untuk menjalankan kehidupan.

“Jadi, kembali kepada Al-Quran dan ketahui sama ada anda betul atau salah. Tetapi apabila anda mengikuti intepretasi sesetengah orang dan anda menjadi fanatik tentang itu, maka sudah tentu anda melakukan banyak perkara yang salah.

“Rujuk Al-Quran tentang orang-orang yang menafikan bahawa mereka beragama Islam. Terdapat beberapa injunksi dalam Al-Quran tentang perkara ini,” katanya.

Apabila ditanya tentang apakah saranan Al-Quran tentang kaum minoriti yang bukan Islam, Dr Mahathir berkata ‘untuk kamu agama kamu, untuk saya agama saya’.

“Anda menghormati agama lain. Agama anda, anda berdoa dengan cara anda sendiri, agama kami, kami berdoa dengan cara kami sendiri,” katanya.

Apabila ditanya tentang adakah tindakan seperti ini pernah dilakukan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata zaman ini Islam telah banyak dipolitikkan.

"Islam zaman ini sudah dipolitikkan kerana orang hendak tunjuk yang mereka Islamik.

“Jjika anda mengatakan bahawa apa yang mereka lakukan tidak Islam, anda akan dianggap sebagai telah meninggalkan Islam. Ini membuat orang, termasuk saya takut memberi komen,” katanya.

Pada kejadian Ahad lalu, dilaporkan kira-kira 50 tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan di sebuah kuil di Jalan SS 1/25 Petaling Jaya tergamam dengan kehadiran empat penguatkuasa Jais dan 10 anggota polis ke majlis berkenaan.

Semakan terhadap MyKad pengantin perempuan itu menunjukkan beliau merupakan seorang Islam dan JAIS membawanya untuk disiasat sebelum dibebaskan.

Jais dikatakan menjalankan siasatan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Kepada Umat Islam) 1988 yang menghalang bukan Islam menarik penganut Islam keluar agama dan memberikan kuasa kepada Jais bertindak tanpa waran.

Pengantin perempuan terbabit bagaimanapun dilaporkan berkata, dia didaftarkan oleh bapanya sebagai Islam di luar pengetahuannya dan membesar dengan cara anutan Hindu.

Namun, semalam JAIS menafikan pegawai penguatkuasanya menyerbu dan mengganggu upacara perkahwinan Hindu itu.

Timbalan Ketua Pengarah Jais, Ahmad Zaki Arshad, dilaporkan berkata pihaknya datang ke kuil itu hanya untuk menjalankan siasatan dengan mengambil keterangan pengantin perempuan untuk mengesahkan taraf agamanya.

Ahmad Zaki telah berkata, tindakan Jais itu mengikut prosedur selepas menerima aduan daripada orang ramai.



2 comments:

  • Anonymous says:
    June 5, 2014 at 7:24 PM

    tindakan jais itu betul, selepas ada laporan dibuat oleh seseorang. perlu bertindak pantas dan berkhemah. jgn jadi polis dan skmm beratus2 laporan dibuat tapi tak ada tindakan membuatkan kumpulan tertentu itu besar kepala. kalau laporan dibuat terhadap org2 Melayu cepat shj polis dan kerajaan bertindak

  • Anonymous says:
    June 5, 2014 at 9:17 PM

    Bukan setakat rujuk malah kena faham jangan utamakan kitab-kitab lebai yang mereka suka saja.

share2