Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 5, 2014

MAYAT DALAM KOLAM DIPERCAYAI WARGA BRITAIN YANG HILANG



PULAU TIOMAN: Pasukan mencari dan menyelamat warga Britain Gareth David Huntley, 34, yang hilang sejak seminggu lalu, menemui mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di belakang Chalet Lagoon, Kampung Juara, di sini kira-kira pukul 1.30 tengah hari ini.

Mayat ditemui di dalam sebuah kolam hanya beberapa meter dari tempat menyimpan kayak di Projek Juara Penyu di Kampung Juara, Pulau Tioman.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Yahaya melaporkan penemuan berkenaan tetapi masih tidak dapat mengesahkan sekiranya ia milikGareth David Huntleywarga Britain yang hilang sejak 27 Mei lalu. 

Sementara itu Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang Morni Mamat berkata identiti mayat tersebut sukar dikenal pasti kerana selain tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, sebahagian muka mangsa juga sudah dalam keadaan reput.

"Setakat ini kita belum dapat pastikan sama ada mayat yang ditemui itu adalah warga Britain yang dilaporkan hilang sebelum ini.

"Kita masih menunggu unit forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang yang dijangka tiba pukul 4 petang ini untuk membuat siasatan lanjut," katanya hari ini.


0 comments:

share2