Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 2, 2014

RUMAH RAHSIA DALAM PARIT DI SINGAPURA



Seorang lelaki terkejut apabila menemui satu bahagian yang diubahsuai seperti sebuah rumah lengkap dengan dua tempat tidur, tempat mandi dan juga kawasan membasuh pakaian.

Semuanya berlaku di dalam sebuah parit di bawah jambatan di Jalan Bukit Panjang di Singapura.

Menurut laporan laman web The New Paper, kawasan itu ditemui oleh seorang jurutera teknologi maklumat berusia 43 tahun yang pada mulanya mengesan sesuatu yang mencurigakan.

Dia sebelum itu melihat seorang lelaki keluar dari dalam kawasan parit itu.

Menurut laporan di portal Stomp pula, lelaki itu yang hanya ingin dikenali sebagai Leon, masuk ke dalam parit itu dengan sebuah lampu suluh dan hanya memakai selipar.

Selepas berjalan kaki sejauh kira-kira 600 meter, dia menemui dua buah katil dipasang pada ketinggian 2 meter bagi memastikan penghuni bahagian itu tidak basah terkena air di dalam parit berkenaan.

The New Paper turut pergi meninjau lokasi itu dan mereka kemudiannya menemui kira-kira 50 helai baju yang digantung kemas, kebanyakannya milik seorang lelaki dan juga kira-kira 10 pasang kasut turut ditemui.

Empat berus gigi yang bersih turut ditemui selain beberapa barangan kanak-kanak seperti beg sekolah, sepasang kasut wanita berkemungkinan milik satu keluarga yang tinggal di dalam parit itu.

Turut ada tergantung kemas, sebuah gitar, bola sepak, dan beberapa permainan plastik.

Kawasan itu bukan sahaja menjadi kebimbangan kepada Leon tetapi juga kepada beberapa orang lagi penduduk berhampiran Bukit Panjang.

Parit itu berpunca dari satu kolam takungan air ke kolam Pang Sua di bukit itu. Tidak diketahui berapa lama penghuni parit itu sudah pun tinggal di sana.

Menurut jurucakap polis, pihaknya sudah pun menerima satu laporan polis dan kini sedang menyiasat perkara itu.



1 comments:

  • Anonymous says:
    June 5, 2014 at 12:40 PM

    Melayu dah merempat tidur dalam kolong.
    Tanah air dah tergadai oleh kebodohan pemimpin melayu

share2