Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 9, 2014

MARCO REUS TERPAKSA LUPAKAN PIALA DUNIA

Marco Reus terpaksa lupakan Piala Dunia 2014



MAINZ: Jerman berdepan masalah besar menjelang pusingan akhir Piala Dunia 2014 yang akan bermula Sabtu ini apabila pemain tengahnya, Marco Reus yang cedera pergelangan kaki disahkan tidak akan turun bermain.

Pemain berusia 25 tahun yang dikenali sebagai 'Rolls Reus' itu mengalami koyak kecil pada ligamen pergelangan kakinya tidak lama selepas separuh masa kedua dalam perlawanan persahabatan pesta gol melawan Armenia. Jerman menang 6-1 dalam perlawanan itu.

Reus terpaksa diusung keluar oleh pegawai perubatan dan dibawa ke hospital di Mainz. Dia kemudian menjalani imbasan yang menunjukkan keadaan sebenar kecederaannya.

"Marco sangat kecewa kerana terlepas Piala Dunia ini dan bagi kami ini satu tamparan," kata jurulatih Jerman, Joachim Loew.

Loew menggantikan tempat Reus dengan pemain pertahanan tengah Shkodran Mustafi yang bermain dengan kelab Itali, Sampdoria.

Penarikan diri Reus ini satu tamparan hebat kerana dia sangat cemerlang sejak kebelakangan ini apabila menjaring lapan gol dan mencipta lima gol dalam sembilan perlawanan akhir musim Bundesliga.

Reus kini menyertai senarai bintang yang terpaksa melupakan Piala Dunia kali ini kerana kecederaan termasuk penyerang Colombia, Radamel Falcao; sayap Perancis, Franck Ribery serta pemain tengah Itali, Riccardo Montolivo.

Jerman diletakkan dalam Kumpulan G yang disifatkan sebagai kumpulan maut bersama Portugal, Ghana dan Amerika Syarikat.



0 comments:

share2