Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 30, 2014

VIRUS EBOLA KEMBALI MENGGANAS?




Conakry - Pasukan perubatan antarabangsa tiba di timur Sierra Leone untuk menguruskan beberapa kes melibatkan virus Ebola yang sangat merbahaya.

Pakar-pakar perubatan tersebut dari Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) dan badan kebajikan 'Doctors Without Borders', lapor BBC.

Kejadian berlaku apabila enam pesakit disyaki dijangkiti virus Ebola telah dibawa keluar oleh hospital tanpa kebenaran doktor.

Salah seorang daripada pesakit tersebut meninggal dunia dan dikhuatiri virus tersebut mampu merebak, kata seorang pegawai kesihatan tempatan.

Pengarah Kawalan Kesihatan di Kementerian Kesihatan Sierra Leone, Dr Amara Jambai berkata, pekerja di klinik di bandar Koindu di Timur Sierra Leone cuba menghalang pesakit dari dibawa keluar oleh ahli keluarga.

"Mereka tidak tahu betapa bahayanya tindakan mereka terhadap diri dan masyarakat untuk cuba mengubati pesakit itu sendiri.

"Dua kematian telah direkod setakat ini," tambah beliau.

Selepas laporan pertama direkod di pada Mac lalu, hampir 200 orang maut disebabkan virus Ebola di Guinea, Afrika Barat.

Virus Ebola masih belum mempunyai penawar atau ubat.

0 comments:

share2