Singapura - Masyarakat Islam Singapura semalam berkabung dengan pemergian ke rahmatullah pemimpin agama dihormati Mohamed Ibrahim Mohamed Kassim.
Allahyarham berusia 87 tahun.
Dalam kenyataan, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) menyifatkan pemergian Allahyarham yang dikenali sebagai Ustaz Ibrahim sebagai satu kehilangan besar kerana beliau amat dedikasi dalam berkhidmat kepada masyarakat.
Menurutnya, sumbangan Mohamed Ibrahim meliputi semua aspek kehidupan sosio-agama masyarakat, terutamanya pendidikan agama Islam.
Beliau memegang jawatan Naib Kadi dan Penolong Pendaftar di Pejabat Daftar Perkahwinan Islam dan juga seorang Hakam (penimbang tara) Mahkamah Syariah.
Mohamed Ibrahim juga merupakan anggota kanan Masyayikh (Majlis Penasihat) Pergas atau Persatuan Guru Agama Islam Singapura.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Teo Chee Hean berkata jasa dan sumbangan Mohamed Ibrahim kepada masyarakat amat besar.
0 comments:
Post a Comment