Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 28, 2014

SULTAN PERAK SULTAN AZLAN SHAH MANGKAT

Sultan Perak Sultan Azlan Shah mangkat


Sultan Perak Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari tadi, dan pengembumian akan diadakan esok selepas solat Asar di Makam Diraja Kuala Kangsar , umum Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melalui siaran secara langsung RTM petang ini.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah akan dimakamkan di Makam Diraja, Kuala Kangsar selepas Asar, esok.


Menteri Besar Perak sebentar tadi membuat kenyatan pengumuman kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Seri Paduka Baginda Sultan Azlan Shah telah mengkat sebentar tadi.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994

Baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.

Menteri Besar Perak juga mengumumkan cuti umum hari esok bagi seluruh negeri Perak. Bendera Negeri Perak akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari dan bendera Malaysia akan dikibarkan separuh tiang selam 7 hari.

Selama tempoh perkabungan segala acara berbentuk hiburan diseluruh negeri akan dibatalkan.

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh baginda.


0 comments:

share2