keluarga mangsa turut hadir ke lokasi kejadiaan
Bentong - Seorang remaja dikhuatiri lemas ketika mandi sungai di air terjun Sungai Gapoi, di sini sekitar jam 3 petang, kelmarin.
Mangsa, Sean Ng, 15, yang berasal dari Taman Melawati, Kuala Lumpur, datang ke air terjun terbabit bersama 11 lagi rakannya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, makluman awal diterima memberitahu mangsa hilang semasa mandi di sungai terbabit.
“Mangsa bersama 11 lagi rakannya ke air terjun Sungai Gapoi yang terletak kira-kira 2 kilometer dari Perkampungan Orang Asli Telemong.
“Mangsa merupakan antara kumpulan pertama yang masuk ke dalam air bersama tujuh rakannya yang lain sekitar 3 petang dan tidak timbul sehingga kini.,” katanya.
Beliau berkata, seramai lapan anggota Bomba dan Penyelamat dan 13 anggota termasuk ketua Balai Polis Telemong terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.
Selain itu katanya, tiga lagi anggota gerakan dikerahkan ke tempat kejadian malam semalam dan setakat ini operasi mencari masih lagi diteruskan.
0 comments:
Post a Comment