Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, May 17, 2014

PELUMBA MSS MAUT SEMASA SESI LATIHAN

Pelumba Super Siri Malaysia (MSS) 2014, Amaludin Abd Rahman maut dalam kemalangan semasa sesi latihan pusingan pertama kejuaraan motosikal itu di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

Sepang International Circuit (SIC) dalam kenyataan berkata, pelumba novis berusia 42 tahun itu dipercayai gagal mengawal jenteranya di 'Turn 15' sirkit itu sebelum terbabas dan melanggar penghadang tayar pada pukul 4.30 petang.

Mangsa beraksi dalam kategori Super Stock B dalam perlumbaan tahunan itu.

SIC berkata, pasukan perubatan segera dihantar ke lokasi kejadian untuk memberi rawatan awal sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia di hospital berkenaan.

"SIC merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan Amaludin Abd Rahman yang meninggal dunia akibat kemalangan malang itu," katanya.

SIC berkata, laporan polis dibuat dan pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan kes itu.

Kemalangan maut di litar tersebut merupakan kali ketiga sejak 2011.

Pada kejuaraan sama tahun lepas, pelumba muda Muhammad Izzat Mohd Abdul Hakim, 17, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima hari selepas jenteranya terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan sebelum berakhir sesi latihan.

Sebelum itu, pada 23 Oktober, 2011, pelumba MotoGP Marco Simoncelli, 24, dari Itali terbunuh selepas terbabas pada perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia.

0 comments:

share2