Kuantan - Sepuluh peserta terakhir memperdengarkan bacaan pada Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-57 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam.
Lima qari yang memperdengarkan bacaan masing-masing ialah Ahmad Tirmizi Ali dari Terengganu; Hadi Mohd Sharkawi (Sarawak); Mohamad Alwi Ab. Rahman (Kedah); Azraie Abdul Hak (Melaka) dan Wan Fakhrul Razi Wan Mohamad (Wilayah Persekutuan) manakala lima qariah ialah johan menunggu Hanimzah Jalaluddin; Nor Azrah Ayub (Johor); Puteri Kalimatul Azzua Hamid (Perak); Sofizah Mousin (Sabah) dan Nor Faizah Panut (Selangor).
Malam ini Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dijangka berangkat menyampaikan hadiah kepada pemenang dan menutup majlis tilawah yang berlangsung lima hari sejak Selasa lepas.
Tilawah bertema 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' itu disertai 30 qari dan qariah dari 14 negeri termasuk johan qari dan qariah menunggu.
Lebih 2,000 tetamu turut disajikan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Rabbani dan Yayasan Pahang serta artis kebudayaan negeri.
0 comments:
Post a Comment