Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 16, 2014

PAS HARAP PERALIHAN KUASA UNTUNGKAN RAKYAT




Alor Setar - Pas berharap peralihan kuasa di Terengganu yang menyaksikan pelantikan Menteri Besar baharu akan menguntungkan rakyat di negeri itu walaupun ia menyebabkan krisis politik. 

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau berharap penyelesaian yang dibuat mengambil kira kepentingan rakyat dan bukannya individu. 

"Penyelesaian sepatutnya untuk rakyat dan bukannya individu," katanya kepada pemberita di Taman Derga Jaya di sini, hari ini.

Isnin lepas, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu bagi membolehkan pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai Menteri Besar yang baharu. 

Pada hari sama, Ahmad yang juga Adun Kijal mengumumkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas disusuli oleh Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud. 

Bagaimanapun, mereka menarik balik keputusan itu dan kembali ke pangkuan Umno pada Rabu.

0 comments:

share2