Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 30, 2014

NITE ZOO KUANTAN




Kuantan tidak kurang daya tarikannya berbanding negeri-negeri lain di Malaysia ini. Pahang memang sangat terkenal dengan tarikan pelancongan berasaskan alam semulajadinya, antaranya adalah Pulau Tioman, Bukit Fraser dan Cameron Highland, Taman Negara, Endau Rompin dan Taman Rimba Kenong serta Tasik Chini dan Tasik Kenyir.

Di luar bandar Kuantan sendiri beberapa produk menarik dapat dilawati, antaranya pantai Cherating dan Teluk Cempedak, Air Terjun Pelangi serta Terowong Sg. Lembing di Sungai Lembing selain dari Taman Tema Gambang Water Park.

Di bandar Kuantan sendiri, tidak jauh dari Pantai Teluk Cempedak, sebuah Mini Zoo juga menawarkan pengalaman menarik untuk melihat haiwan 'nocturnal' yang aktif pada malam hari.

Nite Zoo di Taman Teruntum ini dibuka kepada umum sekali dalam sebualan iaitu setiap malam Sabtu minggu ke-2 bermula dari pukul 5.00 Petang hingga 11.00 Malam dan masuk adalah percuma.

Beberapa acara menarik turut juga diadakan bagi memeriahkan suasana. Pastinya malam hujung minggu warga Kuantan terutama kanak-kanak akan dapat diceriakan dengan aktiviti yang ditawarkan itu.




0 comments:

share2