Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 15, 2014

MB RASMI SEMINAR AL-QURAAN ASAS KEFAHAMAN ISLAM DAN PEMBINAAN PERADABAN

MB berucap merasmikan seminar


Kuantan, 14hb Mei 2014 - MB Pahang, DSD Adnan Yaakob merasmikan Seminar Al-Quraan Asas Kefahaman Islam Dan Pembinaan Peradaban bertempat di Hotel MS Garden, Kuantan.

Program anjuran bersama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) dan PERKIM Bahagian Negeri Pahang itu berlangsung sehari dengan program yang padat. 

Sebanyak 6 Kertas Kerja dibentangkan sepanjang seminar iaitu; "Kerangka Akaliah Dalam Memahami Al-Quraan" - dibentangkan oleh Dr. Mohd Zaini Ismail, "Ilmu-Ilmu Al-Quraan Dan Susunan Martabatnya" - oleh En. Md. Asham Ahmad, "Al-Quraan: Pembentukan Pemikiran Budaya Saintifik" - Prof. Dr. Azizan Baharuddin, "Perbezaan Falsafah Pendekatan Penyusunan Ekonomi Mengikut Ideologi Sekular Dan Panduan Al-Quraan" - Datuk Nik Mustapha Hj. Nik Hassan, " Al-Quraan Dan Peradaban" - oleh Dr. Mohd Sani Badron dan "Tauhid Dan Kesannya Terhadap Aspek Kemasyarakatan Manusia Menurut Al-Quraan" - oleh Dr. Mohd Farid Mohd Shahran.


 Ketibaan MB dan Jemputan di MS Garden

 Dato" Shahaniza dan Dato' Shaharuddin Moin

 Dato' Sharkar dan Dato' Shafik Fauzan melihat jualan buku-buku

 Sebahagian peserta seminar

 Ucapan aluan Dato' Nik Mustapha Nik Hassan

 Ucapan perasmian MB Pahang

MB bersama Dato' Syed Ibrahim Exco Agama Pahang








1 comments:

  • Anonymous says:
    May 15, 2014 at 2:59 PM

    Kongsi sikit, tazkirah Ust Badlishah mlm tadi,
    Antara mukjizat Al Qquran yg diturunkan dlm Bahasa Arab,
    1. Org yg tak boleh cakap Arab, tak faham Bahasa Arab pun boleh baca Al Quran, mana ada kitab lain mcm tu.
    2. Al Quran turun dlm Bahasa Arab lama, 1500 thn dah, tp Bahasanya masih tak berubah, difahami dan masih dituturkan.
    Aku tambah sikit,
    Segala ilmu sains dunia, hukum alam, yg dikaji manusia berjilid jilid kitabnya, dipendekkan Allah swt dlm ungkapan "qad ja'ala Allahu li kulli syai ingqadra." (telah dijadikan Allah (swt) bg tiap sesuatu takdirnya (ketentuannya).)

share2