Nibong Tebal - Lapan wanita rakyat asing yang bekerja sebagai tukang urut ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat urut di Jalan Seri Aman, Sungai Bakap di sini awal semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat berkata semua mereka berusia antara 20 dan 35 tahun itu ditahan ketika asyik melayan pelanggan dalam bilik-bilik kecil yang terdapat di premis berkenaan.
“Berdasarkan siasatan awal, tujuh warga Thailand dan seorang warga Laos itu bekerja sebagai tukang urut di premis berkenaan yang menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.
“Turut ditahan dalam operasi pada 2 pagi itu ialah empat lelaki tempatan yang merupakan pelanggan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.
Beliau berkata semua wanita yang ditahan itu akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada permit dan dokumen pengenalan diri yang sah.
0 comments:
Post a Comment