Shah Alam - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaludin Abu Bakar menggesa hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang mempersendakan azan umat Islam.
Memetik tulisan beliau di laman mikro Twitter, beliau berkata, "..pelampau wujud di kalangan semua kaum dan sekiranya tulisan kontroversi itu benar-benar wujud, siasatan perlulah dilakukan."
Status Facebook yang dipersoalkan itu mencampur adukkan azan dengan nama-nama pemimpin PR dan bekas presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan.
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata demikian ketika menjawab pertanyaan seorang pengikut Twitter yang berkata kes ini patut disiasat dan tidak patut ada tolak ansur terhadap ucapan yang menyebarkan kebencian kaum dan agama.
0 comments:
Post a Comment