Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, May 15, 2014

KERTAS SIASATAN KES KARPAL DISERAH KEPADA DPP

Kuala Lumpur - Kertas siasatan berhubung kemalangan yang meragut nyawa Karpal Singh dan pembantu peribadinya bulan lalu telah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Ketua Trafik Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata kertas siasatan itu telah dihantar pada 7 Mei lepas.

Karpal Singh, 74, yang merupakan bekas pengerusi kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor serta pembantu peribadinya Michael Cornelius, 39, maut dalam nahas di KM306.1 Lebuhraya Utara-Selatan, di Kampar pada 17 April lepas.

Mengenai siasatan kes kemalangan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah, Mohd Fuad berkata siasatan masih dijalankan.

“Banyak lagi maklumat yang perlu diperoleh termasuk laporan penuh daripada pihak hospital, bahagian kimia dan Puspakom,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 6.30 petang di KM23, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada 17 April lepas itu, Nozula tercedera manakala isterinya Datin Maziah Din maut ketika beliau dan keluarganya dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Lumpur.

0 comments:

share2