Kota Kinabalu - Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Papar, dekat sini pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendy K.Ramin berkata, dalam kejadian 8.33 pagi itu, mayat kanak-kanak terbabit ditemui di sebuah daripada tujuh rumah yang terbakar di Ladang Ayam Desa Hatchery, Jalan Bongawan-Kampung Damit, Papar.
Katanya, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Papar tiba di tempat kejadian 25 minit selepas menerima panggilan.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Dunstan Peter berkata, kanak-kanak tersebut dipercayai ditinggalkan seorang diri di rumah yang dikunci bapanya, ketika keluar bekerja di ladang itu.
Menurutnya, kanak-kanak terbabit cuba menyelamatkan diri dengan memecahkan dinding papan lapis, namun tidak berjaya.
Mayat dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk bedah siasat.
0 comments:
Post a Comment