Kuala Lumpur - Pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan buku, novel dan majalah dengan RM3, RM5 dan RM7 di gerai Kumpulan Media Karangkraf sejak Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) dilancarkan pada 24 April lalu.
Pengurus Besar Grup Buku Karangkraf, Sri Diah Shaharuddin berkata, majoriti pengunjung terdiri daripada pelbagai latar belakang, namun peningkatan ketara pada tahun ini adalah penyertaan pelajar-pelajar sekolah yang tidak putus-putus memenuhi ruang Dewan Tun Dr Ismail.
“Ibu bapa yang membawa anak-anak kecil dan remaja juga ramai memandangkan Karangkraf sudah pun memperkenalkan buku kanak-kanak termasuk buku cerita, mewarna dan buku-buku pelajaran lain termasuk buku berbahasa Inggeris,” katanya.
Menurutnya, selain novel, akhbar Sinar Harian adalah antara produk paling laris dan mendapat tempat di hati pengunjung pada pesta buku yang masuk kali ke-33.
“Novel jenama Karangkraf adalah satu jenama kukuh yang tidak dapat dipertikaikan lagi popularitinya manakala Sinar Harian adalah akhbar telus dan tulus yang menyajikan berita ,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kehadiran ratusan ribu pengunjung di gerai Karangkraf juga menyebabkan para petugas bertungkus-lumus di kaunter pembayaran selain terpaksa menambah stok buku baru di rak yang disediakan.
“Promosi besar-besaran dalam akhbar Sinar Harian merupakan antara faktor utama yang menyumbang kepada pertambahan jumlah pengunjung di PBAKL,” katanya.
0 comments:
Post a Comment