Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 16, 2014

BANTUAN UAE DISALUR TERUS KE AKAUN




Kuantan - Ramai masih tertanya-tanya berkenaan bantuan berjumlah AS$10 juta (RM32.5) dijanjikan oleh kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kepada mangsa banjir di Pahang yang sehingga kini belum diagihkan.

Menteri besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, bantuan berkenaan akan disalurkan terus oleh pihak kedutaan UAE ke dalam akaun mangsa yang terlibat.

Bagaimanapun menurutnya, sehingga kini pengagihan masih tidak dilakukan dan diharapkan mangsa terus sabar menunggu.

“Bantuan UAE akan disalurkan oleh kedutaan mereka terus ke dalam akuan dan nama serta butiran disediakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

“Setakat ini, yang kita tahu ia belum diagihkan dan beberapa minggu lalu duta UAE ada mengadap Tengku Mahkota bagi membincangkan hal ini dan mungkin perkara ini sudah di peringkat persiapan akhir sebelum diagih tetapi kita tidak tahu secara terperinci,” katanya ketika sidang media sempena seminar 'Al-Quran asas kefahaman Islam dan pembinaan peradaban' di Ms Garden, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Istitut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Sementara itu, mengulas mengenai seminar berkenaan, Adnan menyeru umat Islam supaya membudayakan ilmu berdasarkan Al-Quran dan tidak sekadar membaca sahaja tetapi perlu memahami isi kandungannya melalui pengkajian.

“Bukan sekadar membaca tetapi jadikan Al-Quran sebagai petunjuk kepada kota yang sekurang-kurangnya membudaya ilmu, rekacipta, kekuatan tenaga dan otak.

“Asas sudah ada tetapi perlu penambahbaikan dan pengetahuan juga diperlukan kerana di dalam Al-Quran pelbagai yang boleh kita dapat.

“Diharapkan lebih ramai pengarang yang boleh menulis mengenai al-Quran supaya apabila membaca Al-Quran ia boleh menjadi alat untuk meneroka dan beroleh hasil,” katanya.

0 comments:

share2