Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 5, 2014

4 BERANAK HIDUP DALAM KONTENA DI KUANTAN

Kuantan - Empat beranak menjadikan sebuah kontena di Lorong Air Putih dekat sini sebagai tempat berteduh sejak dua bulan lepas selepas dihalau dari bilik sewa mereka.

Mohamad Salleh, 56, isterinya seorang saudara baharu Siti Aisyah Abdullah, 28, dan dua anak lelaki mereka, Muhammad Daniel, 6, dan Muhammad Haiqal, 1 tahun lapan bulan terpaksa berbuat demikian kerana tidak mempunyai pilihan lain walaupun terpaksa menanggung bahang panas di dalam kontena terutama di waktu siang.

"Sebelum ini kami menyewa di sebuah bilik dekat kawasan Pasar Kuantan, namun terpaksa keluar memandangkan kawasannya akan dibangunkan," katanya yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai peliharaan binatang dengan gaji RM30 sehari.

Mereka tinggal di dalam kontena itu yang berupa stor atas ehsan majikan Mohamad tanpa mengenakan sewa dan menggunakan kemudahan di kilang berhampiran untuk mandi dan mencuci pakaian.

"Bantuan mualaf untuk isteri saya juga sudah dihentikan kerana ia sudah melebihi tempoh enam tahun. Saya amat berharap ada pihak sudi membantu kami sekeluarga mendapatkan rumah walaupun kecil," katanya.

Nasib keluarga berkenaan hari ini mendapat perhatian Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Insan Seluruh Pahang (Bakkiss) yang tampil menyampaikan sumbangan makanan dan kewangan.

Yang Dipertua Bakkis, Wan Azlan Wan Salleh turut menyeru orang ramai supaya tampil untuk memberikan sumbangan terutama dari segi pendidikan kepada anak pasangan itu selain bimbingan agama kepada isteri Mohamad.

0 comments:

share2