Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 8, 2014

SULTAN SELANGOR 'TEGUR' WAKIL RAKYAT



Shah Alam - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan semua wakil rakyat tidak berbalah antara satu sama lain, sebaliknya menumpukan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat serta negeri ini.

Baginda bertitah, adalah tidak wajar sekiranya terdapat mana-mana wakil rakyat atau kakitangan awam cuba merosakkan perjalanan pentadbiran kerajaan negeri.

"Beta berharap pentadbiran kerajaan negeri sekarang dapat memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat di negeri ini yang berjumlah lebih 5.5 juta orang.

"Beta juga mahu ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat, penjawat awam, semua pemimpin masyarakat, sektor korporat dan swasta bekerjasama untuk melaksanakan dasar-dasar serta program-program pembangunan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat dan memacu pembangunan negeri," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berucap dalam majlis perasmian pembukaan mesyuarat pertama penggal kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Ke-13 di sini semalam.

0 comments:

share2