Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 8, 2014

MH370: DUA LAGI ISYARAT KONSISTEN DENGAN KOTAK HITAM




Perth - Kapal Tentera Laut Australia, Ocean Shield, mengesan dua isyarat yang sangat konsisten dengan isyarat dikeluarkan oleh kotak hitam pesawat.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, isyarat ping pertama bertahan selama dua jam 20 minit, sementara isyarat kedua hanya bertahan 30 minit.

Menurutnya, dua isyarat dikesan sekitar kawasan utara di lokasi pencarian di mana penerbangan pesawat itu dikatakan berakhir.

“Isyarat dikesan juga sangat konsisten dengan transmisi kedua-dua data perakam penerbangan dan perakam suara kokpit.

“Malah maklumat yang memberangsangkan selama 24 jam lalu ini sangat penting,” katanya dalam satu sidang media di Perth, semalam.

Beliau berkata, petanda-petanda diperoleh sehingga kini sangat positif dan diharap mampu menghasilkan penemuan merungkai kehilangan pesawat MH370 ini.

“Isyarat dikesan itu dianggarkan berada di kedalaman 4,500 meter dan terpaksa mengambil beberapa hari sebelum pakar bertugas dapat mengesahkan isyarat tersebut datang dari MH370,” katanya.

Houston turut menggesa pihak media supaya mengendalikan informasi terkini itu dengan bertanggungjawab dan berhati-hati.

“Kami masih belum menemui sebarang serpihan. Oleh itu, kami memerlukan lebih banyak informasi,” katanya.

0 comments:

share2