Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, April 12, 2014

PEMBANGKANG TERUS MENANGGUK DI AIR KERUH



Kuala Lumpur - Pembangkang terus mengambil kesempatan daripada kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 apabila cuba menimbulkan keraguan terhadap kesedia­an kerajaan bersikap telus dalam menangani insiden itu.

Dalam reaksi terbaharunya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan kenyataan Pemangku Menteri Pe­ngangkutan, Datuk Se­ri Hishammuddin Tun Hussein dan laporan stesen televisyen antarabangsa, CNN berhubung dakwaan Tentera Udara Malaysia (TUDM) dikerah segera untuk mencari pesawat MH370 pada hari kehilangannya.

“Siapakah yang betul, Hishammuddin atau CNN?" katanya dalam si­dang akhbar di ibu pejabat DAP, Jalan Pudu di sini semalam.

Kit Siang merujuk kepada laporan CNN yang memetik sumber mengatakan TUDM dikerah mencari MH370 kira-kira pukul 8 pagi pada 8 Mac lalu iaitu beberapa jam selepas pesawat itu hilang daripada radar.

Hishammuddin ba­gai­manapun menafikan perkara itu, termasuk laporan yang mendakwa gerakan mencari oleh TUDM itu hanya dimaklumkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tiga hari selepas itu.

Kit Siang berkata, percanggahan laporan CNN dan kenyataan Hishammuddin dalam isu berkenaan menambahkan keraguan terhadap kesediaan kerajaan untuk bersikap telus dalam menangani krisis.

Berikutan itu, beli­au meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menghormati ke­nya­ta­annya bahawa Malaysia tidak menye­mbunyikan maklumat berhubung tra­gedi kehilangan MH370.

0 comments:

share2