Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 9, 2014

MH370: "AWAK AKAN PIKUL TANGGUNGJAWAB LEBIH BERAT SELEPAS INI..."




Kuala Lumpur: "Awak akan pikul tanggungjawab lebih berat selepas ini."

Itu antara pesanan terakhir pramugara kanan MH370, Wan Swaid Wan Ismail kepada isterinya Nur Laila Ngah sebelum menaiki pesawat yang hilang 8 Mac lalu. 

Tidak pernah terdetik di hatinya, tidak terlintas dan disangka Laila, saat itu akan menjadi pertemuan terakhir mereka.

"Dia seorang yang penyayang, akan sentiasa luangkan masa bersama kami bila berada di rumah. Ada satu benda yang dia buat, dia cakap dalam kereta masa tu yang saya tak boleh lupakan juga, Dia kata saya akan rindu dia kalau dia tiada selepas ini,"


"Itu kali terakhir saya lihat dia," Bergenang mata ibu kepada tiga orang anak ini sewaktu ditemubual.

Setelah lebih 13 tahun berkongsi hidup bersama suaminya, hanya anak-anak menjadi semangat untuk Laila meneruskan kehidupan.

Tenaga dan kudrat yang ada akan diusahakan selagi nyawa dikandung badan.

Pesanan suami akan jadi perangsang untuk melakar masa depan. Laila akui, selama ini memang suaminya yang menanggung segala kehidupan dan kini Laila buntu.

"Kehidupan kami sebelum ini memang suami yang tanggung. Suami memang beri keselesaan dan memenuhi kehendak anak-anak. Dan perkara yang sama saya akan buat kepada anak-anak saya,"

Laila merupakan bekas pramugari MAS namun berhenti pada tahun 2002 kerana membuat keputusan untuk menguruskan keluarganya dan menjadi suri rumah sepenuh masa.


Wan Afrina Sofea atau panggilan manjanya Baby, berumur 8 tahun, anak bongsu yang paling rapat dengan bapanya.

Beliau hanya mengangguk apabila ditanyakan sama ada merindui bapa atau tidak. Namun jelas kelihatan di mata anak bongsu amat merasai ketiadaan bapanya lebih sebulan.

"Dulu, masa Mami kerja, abang pergi sekolah. Daddy bawa Baby jalan-jalan. Daddy bawa Baby pergi makan," spontan jawapan Afrina.

Wan Swaid merupakan anak bongsu dari sepuluh adik beradik yang berasal daripada Pasir Mas, Kelantan. Beliau merupakan pramugara kanan yang bertugas dalam pesawat MH370.

Berkhidmat dengan Penerbangan Malaysia sejak 1995, Wan Swaid seorang bapa yang penyayang dan tegas kepada anak-anak

0 comments:

share2