Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 24, 2014

MH370: ABBOTT MAHU GUNA SINAR LEBIH CANGGIH




Canberra - Perdana Menteri Australia, Tony Abbott akan menggunakan peralatan sonar komersial lebih tinggi untuk mengimbas permukaan dasar laut bagi mengesan kotak hitam milik MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurutnya, peralatan sonar berkuasa tinggi yang dimaksudkan mirip dengan peralatan yang menemui kapal RS Titanic pada kedalaman 3,800 meter di bawah Lautan Atlantik pada tahun 1985 dan bangkai kapal Perang Dunia Pertama Australia, HMAS Sydney di Lautan Hindi pada 2008. 

“Misi carian MH370 tidak akan dihentikan meskipun pasukan mencari gagal menemui objek yang boleh dikaitkan dengan kehilangan kotak hitam MH370.

“Malah kami akan mengerah peralatan sonar yang lebih canggih dan berkuasa tinggi untuk mengimbas dasar laut,” katanya dalam laporan yang dipetik sebuah portal.

Sementara itu, kenyataan dari Pusat Penyelarasan Bersama Agensi pula mengesahkan kenderaan dalam air automatik (AUV), Bluefin-21 sudah mengimbas 80 peratus dari 310 kilometer persegi dasar laut di perairan Barat Australia.

Dalam pada itu menurut Menteri Pertahanan Australia, David Johnson, pihaknya kini sedang mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia, China dan Amerika Syarikat (AS) untuk memasuki fasa seterusnya bagi misi carian MH370 yang terletak di Laut Hindi.

“Pihak kami masih merundingkan perkara ini, mungkin fasa baru ini akan diumumkan pada minggu depan.

“Sekiranya tempoh masa carian ini berakhir tanpa menemui apa-apa, kami tidak akan membubarkan operasi ini malah kami akan fikirkan jalan alternatif lain bagi membantu menyelesaikan misteri ini,” katanya.

0 comments:

share2