Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 9, 2014

MB SELANGOR PERLU BERI PENJELASAN ISU CANAL CITY - NOH OMAR




Kuala Lumpur: UMNO Selangor mendesak kerajaan Selangor segera memberi penjelasan berhubung perjanjian jual beli tanah projek projekCanal Cityyang dibuat ketika kerajaan sementara memerintah.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata beberapa keraguan dipercayai timbul dalam urusan penjualan tanah projek Canal City itu.

Noh berkata, berlaku ketirisan dalam urusan perjanjian jual beli kerana penjualan tanah ditandatangani pada 15 April 2013 iaitu ketika kerajaan sementara memerintah.

"Perjanjian jual beli tanah untuk projek itu (Canal City) tidak sepatutnya dibuat ketika negeri diperintah caretaker goverment, ia dibuat selepas DUN Selangor dibubarkan pada 3 April 2013.

"Selain isu perjanjian ketika DUN sudah dibubarkan, harga penjualan tanah juga menimbulkan keraguan kerana yang harga yang diumumkan RM844 juta bagi kawasan seluas 1,172 ekar atau 474 hektar sedangkan harga sebenar ialah RM1.7 bilion," katanya ketika ditemui Astro AWANI.

Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata mengikut perjanjian asal Permodahan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan MBI telah menjual tanah kepada Tropicana dengan nilai RM1.3 billion tetapi bersyarat Tropicana perlu menjelaskan deposit RM50 juta dalam tempoh 6 bulan pertama.

Manakala RM537 juta akan dibayar berserta dengan faedah dalam tempoh 12 tahun dan baki RM458.26 juta adalah 5% daripada nilai pembangunan kasar tanah, ditambah pula dengan 3% daripada keuntungan bersih daripada projek.

“Tropicana telah menjual 308.72 ekar daripada tanah tersebut kepadaEco WorldBhd dengan nilai RM470.674 juta bersamaan dengan RM35 sekaki. Dan pada 26 Mac Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mahu Tropicana membayar jumlah harga keseluruhan tanah dengan nilai RM844 juta dan ia bermakna harga tanah seluas 1172 ekar tersebut bersamaan dengan RM17 sekaki,” katanya.

Malah dalam tempoh kurang dari satu tahun, tanah Canal City dijual kepada Eco World dengan harga sekali ganda daripada harga asal.

Menurut Noh, Pemuda UMNO Selangor akan membuat laporan kepada Suruhjanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam minggu ini kerana melihat berlaku ketirisan dalam perjanjian jual beli dan akan mengemukakan bukti yang ada.

0 comments:

share2