Nyon - Penyandang juara, Bayern Munich bakal menentang juara sembilan kali, Real Madrid pada separuh akhir Liga Juara-juara selepas majlis undian yang dilakukan di sini, semalam.
Juara 2012, Chelsea pula bakal berdepan pendahulu Liga Sepanyol, Atletico Madrid dalam satu lagi separuh akhir.
Separuh akhir pertama akan diadakan pada 22 dan 23 April, manakala separuh akhir kedua berlangsung pada 29 dan 30 April.
"Dua pasukan terbaik akan berentap sesama sendiri.
"Ini sepatutnya adalah perlawanan akhir," kata ketua pasukan Bayern, Philipp Lahm.
0 comments:
Post a Comment