Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 24, 2014

FENOMENA JOKOWI TAK SETANDING SUSILO




Jakarta - Mengikut tinjauan pelbagai badan kaji selidik, calon presiden dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) Joko Widodo atau Jokowi sering berada di kedudukan teratas untuk dipilih sebagai Presiden Indonesia pada Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden, 9 Julai depan.

Namun, Ketua Umum Angkatan Muda Parti Golkar, Yorrys Raweyai berpendapat fenomena 'kesan Jokowi' itu tidak sehebat ketika Ketua Umum Parti Demokrat,Susilo Bambang Yudhoyono dicalonkan merebut jawatan presiden negara itu pada Pemilu 2004.

"Siapa yang menyangka Susilo yang cuma mendapat 6.7 peratus (daripada hasil tinjauan), tetapi menjadi presiden. Fenomena Jokowi (hebat) tetapi (pencapaian Jokowi kini) tidak sehebat Susilo pada 2004," kata Yorrys seperti dipetik portal berita, Tribunnews.com, di sini, Rabu.

Beliau berkata, setelah Pemilu Presiden 2004, pencapaian Susilo melonjak apabila memperoleh 67 peratus undi, namun tinjauan pada masa ini selepas Pemilu Parlimen 9 April lepas, mendapati mereka yang akan mengundi Jokowi sebagai presiden Indonesia, kekal sebanyak 37 peratus.

Yorrys juga berpendapat, selain dua calon presiden iaitu Jokowi mahupun Prabowo Subianto dari Parti Gerindra, ada beberapa lagi calon bakal tampil merebut jawatan tertinggi kerajaan Indonesia itu pada Pemilu Presiden akan datang.

"Perkara ini (pencalonan presiden) harus dilihat setelah Suruhanjaya Pemilihan Umum mengumumkan secara rasmi perolehan undi Pemilu Parlimen, 9 Mei ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau mengakui dirinya pesimis Ketua Umum Parti Golkar, Aburizal Bakrie akan merebut jawatan presiden pada Pemilu Presiden itu, kelak.

Berdasarkan undian awal Lembaga Lingkaran Survei Indonesia (LSI) baru-baru ini, meletakkan PDI-P di kedudukan teratas selepas memperoleh 19.77 peratus undi diikuti Parti Golkar (14.61), Gerindra (11.80) manakala parti pemerintah, Demokrat di tempat keempat dengan 9.73 peratus.

0 comments:

share2