Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 21, 2014

DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG BERSIDANG





Dewan Undangan Negeri Pahang bersidang sebanyak tiga kali setahun. Walaubagaimanapun jika terdapat perkara-perkara yang penting yang perlu disegerakan seperti pindaan kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang atau seumpamanya, maka persidangan dewan boleh diadakan pada bila-bila masa.

Hari ini 21hb, Dewan akan bersidang lagi sehingga 29hb akan datang. Dijangkakan persidangan akan hangat dengan perbahasan-perbahasan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang.

Pihak 'PahangKu' akan berusaha untuk membuat laporan terperinci secara eksklusif sepanjang dewan bersidang bagi menyampaikan maklumat tepat kepada rakyat.

0 comments:

share2