Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 7, 2014

CRUISE BANTU RANGSANG INDUSTRI PELANCONGAN KUANTAN




Kuantan, 7hb April - Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang memaklumkan sebanyak 15 buah kapal pelancongan mewah dijadualkan singgah di pelabuhan Kuantan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Dengan kapasiti seramai diantara 1,00 hingga 1,800 orang penumpang ianya dijangka mampu merangsang industri pelancongan Pahang khususnya disekitar Kuantan. Menurut Dato' Sharkar lagi, Kerajaan Pahang merancang untuk meransang industri ini dengan menubuhkan 'Cruise Tourism Taskforce' selaras dengan yang diujudkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan Malaysia.

Sekretariat Taskforce ini di pengerusikan oleh Lembaga Pelabuhan Kuantan dengan keanggotaannya yang terdiri dari agensi kerajaan berkaitan seperti Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (Pelancongan Pahang), Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen serta Kuantan Port Consortium Sdn Bhd.

Antara Cruise yang telah dijadualkan singgah di Pelabuhan Kuantan sepanjang tahun 2014 adalah Star Cruise, Costa Victoria, Asean Lady, Royal Carribbean dan Costa Classica yang antarannya mencapai 253 meter panjang. Dalam program yang sama, pengamal media turut diberikan peluang melawat kapal mewah berkenaan.













0 comments:

share2