Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 13, 2014

CITRA WARNARASA TONJOL KEUNIKAN NEGERI PAHANG




Damansara - Bersempena dengan Tahun Melawat Malaysia, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang dengan kerjasama Hotel Royal Chulan Damansara telah menganjurkan satu pameran Warnarasa Pahang 2014 di Hotel Royal Chulan Damansara bermula pada 11 April hingga 17 April.

Majlis yang disempurnakan dengan perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, Datuk Mohammad Sharkar Shamsudin ini bertujuan untuk mempromosikan makanan dan kebudayaan masyarakat Pahang.

"Para pengunjung boleh menikmati keunikan masakan tradisional Pahang seperti gulai tempoyak ikan patin, asam rong, sambal Pahang, nasi keduli, dan puding diraja.

"Selain mempromosikan makanan, terdapat juga persembahan kebudayaan yang dihasilkan dengan kerjasama pihak Jabatan Kesenian Negeri Pahang dan juga demonstrasi kraf oleh Kraftangan Malaysia," katanya.

Menurutnya lagi, antara negeri yang terlibat sempena acara Warnarasa Malaysia 2014 ialah Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Johor dan Kelantan.

Dalam pada itu, beliau turut merasmikan pelancaran risalah terkini Pahang Food - Endless Tastes & Flavours.

Jelasnya, risalah yang diterbitkan oleh Pejabat Tourism Malaysia Pahang ini bertujuan untuk memperkenalkan lapan jenis masakan tradisional dan popular serta mengandungi senarai lengkap restoran di Pahang.

0 comments:

share2