Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 10, 2014

TIADA KOMPROMI PENGAJUR HIMPUNAN HARAM - KPN




Kemaman - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak akan berkrompromi dengan mana-mana individu yang menganjur dan menyertai perhimpunan haram.

Beliau berkata tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana individu yang tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi menganjurkan sesuatu perhimpunan.

"Saya tidak mahu cakap apa yang akan kami buat namun pihak kami tidak pernah membiarkan sebarang tindakan yang melanggar undang-undang dilepaskan begitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan mangsa banjir kontinjen Terengganu di sini semalam.

Beliau berkata jika didapati mereka melanggar syarat dan peraturan yang ditetapkan, polis akan menyiasat dan mengumpul bahan bukti untuk dikemukakan kepada pihak Peguam Negara.

Setakat ini, katanya, polis belum menerima sebarang permohonan berhubung gerakan protes yang akan dianjur pihak pembangkang pada 11 Mac sebagai membantah sabitan dan hukuman terhadap Ketua Pembangkang Datuk SeriAnwar Ibrahim Jumaat lepas.

Ketika ditanya sama ada perkara itu akan mencetuskan situasi panas pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang yang akan berlangsung 23 Mac ini, Khalid berkata pihaknya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kami sentiasa bersiap sedia untuk menangani apa jua yang bakal berlaku di Dun Kajang dan kita akan gerakkan keanggotaan yang mencukupi bagi mengawal keselamatan sepanjang PRK itu berlangsung tidak lama lagi," katanya. 

1 comments:

  • Anonymous says:
    March 10, 2014 at 5:43 PM

    Walk the talk please....

share2