Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 19, 2014

SULTAN RASMI GO GREEN WITH SASET DI LANCANG

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah berucap merasmikan


Lancang, Temerloh 18 Mac - KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah telah berkenan merasmikan Majlis Pelancaran Go Green With SASET Peringkat Negeri Pahang di Institute Kemahiran Belia Negara (IKBN) Lancang pada jam 3.00 petang.

Baginda hadir diiringi oleh DYMM Sultanah Hajjah Kalsom dan YAM Tengku Arif Temenggong Pahang. Turut mengiringi YAB DSDR Menteri Besar Pahang. Hadir sama dimajlis berkenaan adalah Exco-exco Kerajaan Negeri antaranya YB Dato' Sharkar Shamsuddin, YB Dato' Shaharuddin Moin, YB Dato' Sofi Abd Razak, YB Dato Shahaniza Shamsuddin, YB Syed Ibrahim dan lain-lain. Majlis juga dihadiri Ketua-ketua Jabatan, Pelajar-pelajar dan Penduduk Kampong berhampiran.

SASET adalah Sultan Ahmad Shah Envoironment Trust yang dipengerusikan oleh YAM Tengku Arif Temenggong Pahang dan Sultanah Hajah Kalsom bertindak selaku Penasihat.

Majlis juga menyaksikan acara menandatangani MOU diantara SASET dengan Kerajaan Negeri Pahang yang akan merealisasikan misi dan visi SASET dan Kerajaan Negeri Pahang untuk mengekalkan kehijauan bumi Negeri Pahang serta memelihara dan memulihara alam sekitar sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Dalam ucapannya, Pengerusi SASET YAM Tengku Arif Temenggong menyatakan matlamat penubuhan SASET dan mensasarkan komuniti, Pelajar sekolah, Mahasiswa, Badan NGO, Sukarelawan IPTA & IPTS dan Masyarakat. Pemantauan juga keatas kawasan-kawasan yang kurang pendedahan mengenai alam sekitar dan kebersihan kawasan tempat tinggal. SASET berhasrat menanam 2000 batang pokok di setiap daerah di Pahang Darul Makmur bagi turut menyumbang kepada kenaikan taraf sosio ekonomi negeri serta memulihara eko-pelancongan di negeri Pahang.

Dalam ucapan ringkas YAB DSDR Menteri Besar Pahang, beliau mengingatkan rakyat agar mengubah sikap dan cara hidup dengan mengutamakan penjagaan kebersihan persekitaran. Amalan menjadaikan longkang dan sungai sebagai tempat pembuangan sampah mesti dihentikan. Beliau juga mengingatkan salah satu sebab berlakunya banjir adalah kerana saliran tersumbat dengan sampah sarap.

Program Pelancaran Go Green with SASET ini juga akan diadakan disetiap daerah di Negeri Pahang dan secara berterusan.

KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah, Sultanah serta YAB DSDR Menteri Besar Pahang berkenan menanam pokok-pokok di perkarangan dewan di Institute Kemahiran Belia Negara, Lancang sebagai simbolik Pelancaran Program Go Green With SASET peringkat negeri Pahang.


 YAM Tengku Arif Temenggong Pahang

 YAB DSDR Menteri Besar Pahang berucap

 KDYMM Sultan berkenan menyampaikan Sijil-sijil

 KDYMM berangkat untuk menanam pokok


 Pokok yang akan  ditanam oleh KDYMM Sultan

 Acara menandatangani MOU

 Sebahagian dhif yang hadir

 YB Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri merangkap Adun Lancang

 Dhif jemputan sewaktu menunggu ketibaan KDYMM Sultan

 KDYMM Sultan bersama Sultanah, Tengku Arif Temenggong serta YAB Menteri Besar

 Sebahagian pelajar bersama petugas Tourism Pahang

 Sebahagian hadirin



2 comments:

  • Anonymous says:
    March 19, 2014 at 2:09 PM

    Bilalah temerloh nak ada ipt bawah kpm.. majlis semua setakat di IKBN jer..

  • Anonymous says:
    March 19, 2014 at 2:09 PM

    Bilalah temerloh nak ada ipt bawah kpm.. majlis semua setakat di IKBN jer..

share2