Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 29, 2014

SEMBILAN KAKI JUDI DICEKUP




Klang - Sembilan kaki judi yang sedang leka bermain judi di sebuah restoran di Jalan Kota Raja, di sini, terkejut apabila diserbu pihak berkuasa petang kelmarin.

Serbuan yang diketuai oleh Asisten Superintendan Mohd Suhaime Azamat bersama sepasukan anggota polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Klang Selatan itu, dijalankan kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menahan sembilan lelaki tempatan berusia dari 45 hingga 65 tahun.

"Kita rampas sebanyak 136 cip, empat dadu, 168 batu mahjung, dua meja dan enam kerusi.

"Tiada rampasan wang kerana duit pertaruhan ditukar dalam bentuk cip. Kita masih siasat jumlah sebenar wang dipertaruhkan," katanya .

Menurutnya, pemilik restoran terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan. Katanya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

0 comments:

share2