Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 28, 2014

PESAKIT KANSER JATUH PANGSAPURI




Butterworth - Seorang tukang besi ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat sembilan Pangsapuri Tanjung Jaya, Raja Uda awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa, Thum Kim Hong, 54, yang lengkap berpakaian dan bertopi keledar ditemui dalam keadaan mengiring oleh penduduk yang terdengar bunyi seolah-olah benda jatuh di hadapan rumah mereka.

Isteri mangsa yang enggan dikenali memaklumkan, suaminya disahkan menghidap kanser paru-paru baru-baru ini.

“Sejak mengetahui dirinya berpenyakit, saya sentiasa menemani dia untuk mendapatkan rawatan di hospital.

“Walau bagaimanapun, dia sering kali mengadu yang tidak selesa dengan proses rawatan dan seolah-olah patah semangat untuk meneruskan hidup,” katanya yang bekerja sebagai penjual bunga di Pasar Apolo Raja Uda.

Difahamkan, mendiang tidak menunjukkan apa-apa perubahan malah berjanji untuk bersarapan bersama-sama sebelum ke tempat kerja.

Walau bagaimanapun, mangsa menunggang motosikal Suzuki ke pangsapuri terbabit sebelum menaiki tangga ke tingkat sembilan.

Pengawal keselamatan yang enggan dikenali berkata, dia terserempak dengan mangsa namun tidak menghiraukannya kerana mangsa tidak menunjukkan sebarang kelainan.

“Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan penduduk ada orang terjatuh ke tingkat dua pangsapuri ini,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya kira-kira jam 2 petang kelmarin.

0 comments:

share2