Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 13, 2014

PELANCARAN JELAJAH INFORMASI USAHAWAN NEGERI PAHANG

 
 
 
 
 

Kuantan, 13 Mac - YAB Menteri Besar Pahang merasmikan Pelancaran Program Jelajah Informasi Usahawan Negeri Pahang Darul Makmur yang diadakan petang semalam (12.3.2014) bertempat di Komplek Yayasan Pahang.
 
Berucap kepada kira-kira 1 ribu hadirin yang terdiri dari usahawan dan bakal usahawan bumiputera, YAB Menteri Besar menasihatkan agar usahawan bumiputera agar berubah, kerana mereka tidak akan berjaya jikalau tidak mengubah sikap dalam menjalankan perniagaan.

Sebelum itu, YB Dato' Shaharuddin Moin, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepengunaan Negeri Pahang memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan siri jelajah informasi keseluruh negeri bagi mamberitahu rakyat mengenai peluang-peluang dan dana-dana yang disediakan untuk membantu usahawan bumiputera berjaya dalam bidang keusahawanan.

Majlis Perasmian diikuti dengan Penyampaian Surat Kelulusan Dana Kecemasan SME Corp Malaysia kepada syarikat yang terlibat dengan bencana banjir 2013, Penyampaian Cek Pembiayaan Perniagaan Mara, Penyampaian Cek P1MPIN (Pelan Insuran 1 Malaysia) Penjaja dan Peniaga Kecil, Penyampaian Cek Peminjam TEKUN.
 
Selesai majlis perasmian, YAB Menteri Besar melawat gerai-gerai yang disediakan oleh usahawan-usahawan bagi memporomsikan produk-produk mereka, menyampaikan hadiah cabutan bertuah sebelum mengadakan sidang akhbar kemudiannya.


 
 
 
 
 
 
 
 



0 comments:

share2