Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 19, 2014

MH370: PUSAT MEDIA GEMPAR




Sepang 19 Mac - Bilik sidang akhbar kehilangan pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama di sini gempar hari ini dengan kehadiran sekumpulan enam orang yang mendakwa mereka ahli keluarga penumpang dari China.

Mereka yang tiba kira-kira pada pukul 4.45 petang itu membuka sepanduk bertulisan bahasa Cina sambil menangis meraung-raung juga dalam bahasa Cina.

Kehadiran mereka mencuri tumpuan media asing dan tempatan yang telah bersedia untuk menunggu sidang akhbar oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang dijadual pada pukul 5.30 petang.

Menurut wartawan dari China, kumpulan tersebut kesal dengan tindakan kerajaan Malaysia yang lambat mendedahkan maklumat berkaitan MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Sepuluh minit kemudian kumpulan tersebut telah ditenangkan oleh pegawai keselamatan dan dibawa keluar dari bilik media ke sebuah bilik khas sambil dikerumuni ratusan media asing dan tempatan yang berada di hotel berkenaan.

0 comments:

share2