Washington - Laporan terbaharu tentang perubahan laluan penerbangan pesawat MH370 menunjukkan kemungkinan penglibatan individu profesional yang mahir dalam sistem penerbangan, kata pakar.
Ketua editor majalah Flying yang juga juruterbang pesawat komersial, Robert Goyer berkata, hanya juruterbang profesional yang boleh mengubah haluan penerbangan selepas petunjuk baharu mendedahkan penerbangan pesawat MH370 menuju ke Lautan Hindi.
Kemungkinan pesawat itu dikawal oleh sekumpulan pakar dengan sekurang-kurangnya seorang juruterbang yang terlatih atau seorang daripada juruterbang MH370 mengawal program untuk mengubah haluan melalui sistem pengurusan penerbangan," katanya kepada CNN. - AGENSI
0 comments:
Post a Comment