YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob menjalankan pemeriksaan kesihatan sebelum majlis dimulakan |
BENTA - YAB Dato' Sri DiRaja Menteri Besar Pahang baru - baru ini telah merasmikan bangunan baru hentian bas dikawasan ini yang telah diberi nama Terminal Bas Akasia Benta.
Menandatangani 'plaque' bangunan baru Terminal Akasia Benta |
Terminal tersebut dibina bagi menggantikan terminal bas lama yang telah kian usang sebelum ini. Pembinaan terminal bas tersebut telah dimulakan pada tahun 2011.
Selain itu, YAB Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob juga turut melancarkan perkhidmatan bas henti - henti yang dikendalikan oleh syarikat Sri Jengka.
Perkhidmatan bas ini turut menjangkau kawasan sekitar Padang Tengku, Benta dan Kuala Lipis bagi kemudahan rakyat tempatan.
YAB Menteri Besar memandu uji sendiri bas Sri Jengka |
Dalam masa yang sama, beliau juga turut berkesempatan memandu uji sendiri bas tersebut dan membawanya sekeliling kawasan Pekan Benta.
Turut hadir dalam majlis perasmian serta pelancaran tersebut ialah YB Dato' IR Mohamad Soffi Bin Abdul Razak selaku Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Benta, YB Dato' Wan Rosdy Bin Wan Ismail, YB Dato' Abdul Rahman merangkap Ahli Parlimen Lipis, YB Dato' Mustapha Long merangkap ADUN Padang Tengku dan YB Dato' Fong Koong Fuee merangkap ADUN Cheka.
Syabas kpd MB Pahang dan Kerajaan Pahang ke atas perasmian terminal bas serba moden.Bertambah selesalah pengguna bas di bandar tersebut.